Thursday, November 13, 2014

Fikir Boleh Pasti Boleh! X caya?

Pengajaran daripada seekor keldai

Cuba lihat sebentar gambar rajah sebelah. Kamu akan lihat seorang lelaki sedang menunggang keldainya. Jangan kan dia sahaja menjadi beban yang perlu dipikul oleh keldainya, bahkan barang-barang lain turut dipikul oleh keldai tersebut seperti basikal,tilam dan lain-lain.

Saya nak bawa kamu berfikir bersama. Cuba letakkan diri kamu di tempatnya sekarang

*Tidak letih kah keldai itu? Perlu menanggung bebanan yang sangat berat dan perlu membawanya? 
Tambahan lagi dia perlu menaiki bukit, perlu berlari kerana takut tuannya sebat dengan kayu kalau berjalan, pastu perlu berpura-pura kuat sedang dirinya letih? Kamu tahu berat basikal, dicampur dengan beratnya tilam yang bagaikan sofa itu, tambah lagi dengan kilogram tuannya. Kalau kita yang bawa, melepek! Saya sendiri dapat merasai betapa letihnya keldai tersebut bilamana saya tak sengaja terlihat dia “buang air besar” sambil berlari (ini kisah benar,jangan gelak,,,hmmm).*

MATA TUTUP LALU HATI CELIK

Apa yang menarik terhadap keldai tersebut adalah MATANYA DITUTUP. Bagaimanakah pula keadaan kita jika kita dipaksa memikul beban barang yang sangat berat, menuju ke destinasi yang sangat jauh, jalan berbukit pula, namun saat itu kita tidak diberitahu ke mana destinasinya, bagaimana jenis jalannya kerana mata tertutup dan tiada yang mengkhabarkannya?. Yang kita tahu hanya "JALAN SEBAB TAKUT KENA SEBAT".

Jelaslah bila jelas niat dan tujuan kita dalam hati tanpa terpengaruh dengan pandangan mata, kita sanggup membuat sesuatu di luar batasan! Begitulah keldai yang tertutup matanya. Dia hanya jalan ke arah yang dipandu tuannya dengan tekad dalam hatinya, “aku tak nak kena sebat dengan tuan aku. Biarlah penat mana aku, jauh mana destinasiku, yang penting aku sampai ke destinasi yang tuan aku inginkan dan yang paling utama adalah tak kena sebat! Sakit woo~~”.
Tekad keldai tersebut sungguh jelas dan tuntas walau letih!


BEGITULAH ANALOGI UNTUK BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG


Begitulah kita jika mahu berjaya dalam kehidupan, pelajaran, perniagaan dan lain-lain. Selagi kita masih diperdaya oleh hasutan mata (mata kita melihat kesenangan itu best, melihat perit jerih itu menyusahkan), tanpa kita fokus pada mata hati (aku nak dapat straight A, aku nak kaya, aku nak jadi budak baik) maka kita akan gagal. Tutup mata kamu, kemudian fokus pada destinasi kamu dan apa akibat yang akan berlaku jika kamu tidak sampai ke destinasi. Dengan cara ini inshaAllah kamu akan berusaha sungguh-sungguh, tanpa mempedulikan kesenangan yang penuh nikmat, dan merentasi kesukaran dengan tenang. Kenapa? Kerana hati kamu TELAH TETAP UNTUK SAMPAI KE DESTINASI!

~Semoga Allah redha~ 

No comments:

Post a Comment