Friday, October 31, 2014

Istighfar and wow!

Dont leave istighfar


A man once came to Hasan Al-Basri and complained to him: “The sky does not shower us with rain.”

He replied: “Seek Allah’s forgiveness (أستغفر ألله).”
---------------------------------

Then another person came to him and said, “I complain of poverty.”

He replied: “Seek Allah’s forgiveness."
---------------------------------

Then another person came to him and complained, “My wife is barren; she cannot bear children.”

He replied: “Seek Allah’s forgiveness."
--------------------------------

The people, who were present said to Hasan: “Everytime a person came to you complaining, you instructed them to seek Allah’s forgiveness?” 

Al-Hasan al-Basri said, “Have you not read the statement of Allah?


"Ask forgiveness of your Lord. Truly He is Oft-Forgiving. He will send rain to you in abundance; increase you in wealth and children; grant you gardens and bestow on you rivers."
 [Nuh (71):10-12] 

Safety and security

There are two things in the earth that give a person safety and security from the punishment of Allah. The first has been removed, whilst the second still remains.

  • As for the first, it was the Messenger of Allah (صلي ألله عليه و سلم).
“Allah would not punish them while you were among them.” 
[al-Anfal (8):33]
  • As for the second, it is istighfar.
“Allah would not punish them as long as they sought forgiveness.”
[al-Anfal (8):33]


In hadith, Abdullah bin Abbas (May Allah be pleased with them) narrates that Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wasallam) said:
“The one who (regularly) says Istighfar, that is, frequently repent to Allah Ta’ala for sins committed, Allah Azza Wa-Jal will open a path from poverty and difficulties. All sorrow and hardship will be removed, and in its place prosperity and contentment granted. One will receive sustenance from unimagined and unexpected sources.”

People often forget the importance of the simple yet powerful dua (supplication) 
– Istighfar i.e., saying Astaghfirullah (I seek forgiveness of Allah).

It’s not late to return to Allah and ask His forgiveness as He never stops to give you these uncountable gift freely and continuously. From the smallest thing to the far beyond universe were created to ease human community. Many people do not realize the air they breathe and the food they ate even the thousand dollars cars and big houses are from the Creator. Not to forget the blood running through the vein plus the body system is running with His command not others. 


Sayyidul Istighfar 



Do not ever leave istighfar!



# http://orbitislam.com/virtues-benefits-of-istighfar-astaghfirullah-dua/





Thursday, October 16, 2014

Mengimbas Ibrah Korban Yang Mulia

Assalamualaikum et bonjour

Anak-anak mahasiswa dan mahasiswi, sempena dengan Hari Raya AidilAdha yang dikenali juga Hari Raya Korban, marilah sama-sama renung dan teliti dengan lebih mendalam akan makna korban dan pengorbanan. Pernahkah kita terfikir kenapa pengorbanan disambut sebagai perayaan atau kenapa pengorbanan dirayakan? Sedangkan kalau kita fikirkan makna korban, kebiasaannya ia suatu yang dukacita atau malang.

Umpamanya, seseorang terkorban dalam kemalangan jalan raya. Adakah orang yang terkorban itu disambut dengan perayaan? Sudah tentu tidak! Tetapi kenapa hari raya ini diraikan?

Ini yang perlu kita teliti dan hayati maknanya yang sebenar. Hakikatnya suatu perkara itu dilihat dan diukur dengan matlamat yang hendak dicapai. Jikalau berbicara tentang korban atau pengorbanan, kita lihat apakah matlamat yang hendak dicapai di sebaliknya. Itulah letaknya nilai satu pengorbanan. Sekiranya matlamat yang hendak dicapai itu matlamat yang mulia, maka pengorbanan untuk sampai kepada hadaf itu adalah satu pengorbanan yang sangat dituntut.

Jadi sesuailah kalau dikatakan hari raya ini ialah Hari Raya Korban. Demikian juga kerana kita mengenang satu kisah sejarah yang mengajar erti pengorbanan yang sangat tinggi dan bermakna, iaitu pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan ahli keluarga baginda.

Mereka berkorban segalanya. Bermula dengan Nabi Ibrahim sendiri yang berkorban dengan meninggalkan tanah air demi menyebarkan agama Allah menuju ke tempat yang asing baginya. Seterusnya isteri baginda AS, Saidatina Sarah yang berkorban jiwa dan perasaan dengan mengizinkan suaminya berkahwin dengan Saidatina Hajar kerana beliau tidak dikurniakan cahaya mata demi meneruskan zuriat daripada suaminya. Kemudian apabila Allah SWT sudah kurniakan cahaya mata, mereka diperintahkan supaya isteri dan anaknya yang baru lahir pergi ke tanah gersang tiada berpenghuni. Itulah bumi Mekah AlMukarramah, tapak binaan Kaabah. Bayangkan bagaimana seorang ibu yang baru melahirkan ditinggal di padang pasir tanpa ada prasarana sama sekali apatah lagi hidupan dan tumbuhan serta bekalan untuk meneruskan kehidupan.

Satu ujian yang hebat tetapi dengan keimanan yang kental, mereka berjaya melaluinya berkat keimanan dan tawakal yang tinggi kepada Allah. Kita dapat memahami melalui jawapan Siti Hajar apabila beliau bertanya;

 “Kenapa kami ditinggalkan di sini? Adakah ini perintah daripada Allah SWT?”
Nabi Ibrahim menjawab;“Ya, ini perintah daripada Allah.”

Maka Saidatina Hajar dengan yakin menjawab;

 “Jika ini adalah perintah Allah SWT, maka kami tidak akan disia-sia.”

Berbekalkan keimanan yang kental, terbukti Allah tidak mensia-siakan mereka. Ketika Siti Hajar berusaha mencari air, tiba-tiba terpancar air zam-zam yang bukan sahaja memberi manfaat kepada beliau dan anaknya bahkan sehingga ke hari ini untuk jutaan umat manusia.

Selepas itu hiduplah mereka dan kawasan itu menjadi kampung dan seterusnya menjadi bandar. Apabila anaknya membesar, kembalilah Nabi Ibrahim menemui isteri dan anaknya. Kembali bukan untuk membelai dan melepaskan rindu tetapi menuntut pengorbanan yang tidak dapat kita bayangkan betapa hebatnya keimanan mereka. Baginda kembali dengan perintah bahawa satu-satunya anak yang dianugerahi itu akan dikorbankan. Seolah-olah perkara ini tidak munasabah akan tetapi itulah ujian dari Allah.

Rasulullah SAW bersabda “Orang yang paling hebat diuji adalah para Nabi kemudian orang yang hampir dengan mereka.”

Tiada orang yang diuji dengan sehebat Abu AlAnbiya dimana baginda diperintah untuk menyembelih anak sendiri. Akan tetapi kita lihat bagaimana baginda dan Nabi Ismail langsung tidak ragu-ragu menerima perintah ini. Apa jawapan Nabi Ismail;


 (Surah Assaffat : 102)

         Jadi anak-anak sekalian, lihatlah betapa tingginya pengorbanan keluarga ini. Pengorbanan yang tidak boleh digambarkan kehebatannya. Marilah sama-sama kita muhasabah, lihat pada diri sejauh mana kita telah menyumbang dan berkorban demi menegakkan syariat Islam dan apa yang kita telah korbankan sebenarnya.

credit to: ustazah maznah daud

Wednesday, October 15, 2014

حلية طالب العلم

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Satu perkara yang sentiasa dilupakan oleh setiap insan sewaktu berada atas pelayaran menuntut ilmu adalah NIAT. Sedangkan niat adalah satu-satunya perkara yang paling utama untuk kita fokuskan kerana matlamat akhir yang ingin kita garap adalah berlandaskan niat kita. Kerana utamanya niat inilah Imam Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Solihin serta Imam Bukhari dalam kitabnya al-Jami' as-Sahih atau lebih masyhur dengan nama Sahih al-Bukhari memulakan seawal coretan beliau tentang niat. Kita bimbang jika kita tergolong dalam golongan yang seakan-akan dirinya mulia sedangkan kerana salahnya niat golongan tersebut dihumban ke neraka. Sabda Nabi SAW :

كذبْت. ولكنك تعلمت العلم لِيقال: عالم, وقرأت القراءن لِيقال: هو قارئ
Maksudnya: "Kamu berdusta! Akan tetapi kamu menuntut ilmu agar dapat digelar alim, dan kamu membaca al-Quran agar dapat disebut sebagai seorang qari'." (HR Muslim, kitab al-Imarat no 1905)

Oleh yang demikian wahai sahabat penuntut ilmu sekalian, perbaiki niat kita menuntut ilmu kerana Allah!

Bekalan Wajib Penuntut Ilmu

Biasanya ramai yang telah berta3aruf dengan syair masyhur oleh Imam Syafie RAH berkenaan menuntut ilmu ini. Mari sama-sama kita ulang hafazan kita.






1.Kecerdikan (ذكاء)

Siapa kata dirinya tidak cerdik. Jangan resah. Allah dah sediakan kismis, kacang badam, madu dan lain-lain. Zaman teknologi ini, ada juga manusia yang telah mencipta makanan formula untuk membantu meningkatkan tahap kecerdikan minda seperti Smart Coco A+. Pendek kata, banyak cara yang boleh membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda. Asalkan cara tersebut menepati hukum syarak lah ya.

2.Keinginan (حرص)

Pastikan keinginan dan dorongan ghairah kita adalah kepada ilmu. Kita perlu letakkan keutamaan menuntut ilmu melebihi segala yang lain daripadanya. Dengar sahaja ada kuliah ke, dauroh ke, forum ilmiah ke, pergi! Walau rasa susah mana pun, kita tetap mahu pergi. Ada kalam menyebut;

َمن لم يتألمْ لا يتعلمُ ولنْ يتعلم
Maksudnya: "Sesiapa yang tidak bersusah payah, dia tidak belajar, dan tidak akan belajar."

3.Bersungguh-sungguh (إجتهاد)

Pernah kita dikejar anjing? Atau mengejar anjing? Atau melihat orang dikejar anjing? Kita dapat lihat situasi waktu itu adalah yang dikejar itu akan lari sekuat yang boleh. Begitulah kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Kita gunakan semua tenaga untuk meneguk lautan ilmu dan istiqamah. Jauhi usaha seperti hangat-hangat tahi ayam. Usaha seperti ini amat merugikan diri kita. Kita berasa malas menuntut ilmu sebenarnya berpunca juga daripada dosa kita. Kita banyak melakukan benda yang melalaikan juga akan memberi kesan negatif kepada semangat menuntut ilmu kita. Ayuh! Kita kutip dan dapatkan sebanyak banyaknya makan rohani seperti solat awal waktu, baca al-Quran, bersedekah dan lain-lain agar hati terus mengikat tali yang utuh kepada Allah. Selain bekalan jasmani seperti makan dan minum adalah satu kewajiban untuk hidup, begitulah juga bekalan rohani untuk menghidupkan hati.


Menurut Syeikh as-Syanqiti, untuk berjaya dalam menuntut ilmu, kita perlukan harta simpanan yang bernilai, yakni sifat qana3ah (berasa cukup). Terimalah seadanya dengan apa yang ada. Biasanya orang yang dihidang dengan kelazatan hidup sukar untuk berjaya jika dia tidak cuba sedarkan dirinya daripada nikmat yang melalaikan itu. Kita boleh ambil contoh kisah kehidupan Nik Nur Madihah yang berjaya asbab kesungguhannya. Beliau sedar kesederhaan hidup keluarganya menjadi motivasi kepadanya agar tingkatkan kegigihan untuk membawa cahaya kepada keluarga. Ada syair arab yang menarik menyebut:

بقدر الكد تكتسب المعالي
ومن طلب العلى سهر الليالي
تروم العز وتنام ليلا
يغوص البحر من طلب الآلي 
Maksudnya:
"Dengan kadar kepayahan kamu berusaha mencapai ketinggian" ,
"Dan sesiapa yang mencari ketinggian maka dia hendaklah berjaga malam" ,
"Kamu mencari kehebatan (namun bagaimana) kemudian kamu tidur (panjang) pada waktu malam" ,
"Sedangkan orang yang mencari mutiara mesti akan menyelam ke dalam lautan"

4. Biaya (بلغة)

Untuk menuntut ilmu di persada dunia, tidak mahu tidak kita perlukan kos yang mencukupi untuk menyara hidup kita. Cuma kita perlu sedar bahawa rezeki itu telah Allah tetapkan. Yang ada pada diri kita adalah usaha menjemput rezeki.

5. Berguru (صحبة الأستاذ)

Ilmu tidak akan didapati hanya dengan membaca. Penjelasan daripada guru akan membuka kefahaman secara hakiki terhadap sesuatu permasalahan. Ada kalam arab menyebut:
 كانت العلوم في صدور الرجال, وأصبحت في بطون الأوراق, ومفاتيحها في أيد الرجال
Maksudnya: "Ilmu itu berada di dada ulamak, dan ia tertulis di atas kertas, kuncinya pula ada di tangan ulamak."

Pentingnya berguru adalah supaya kita mendapat ahsana ta'wil yakni sebaik-baik pejelasan. Tambahan lagi, kita juga dapat melaksanakan adab berguru. Sabda Nabi SAW:

من علم عبدا آية من كتاب الله فهو مولاه
Maksudnya: "Sesiapa yang mengajar seorang hamba satu ayat daripada kitab Allah maka dia adalah gurunya." (hadis marfu')

Dengan cara berguru, ustaz dapat kenali dimana kelemahan kita. Dengan cara ini, ilmu lebih mudah dikuasai, ilmu akan diberkati, dan ilmu sentiasa di hati.

6. Waktu yang lama (طول الزمن)

Ulama terdahulu tidak tiba-tiba jadi alim. Mereka menuntut ilmu berpuluh-puluh tahun lamanya. Kita ini nak dapat ijazah kadang-kadang hanya perlukan 3 tahun sahaja. Cukupkah  nak ajar masyarakat? Apa mungkin juga mengajar masyarakat ilmu jika sewaktu Sijil Penilaian Menengah hanya menghafaz jawapan untuk soalan spot? Ayuh! Kita habiskan umur kita untuk menuntut ilmu.


Selepas kita faham berkenaan bekalan menuntut ilmu, jangan lupa untuk menghormati alat menuntut ilmu. Alat menuntut ilmu yang dimaksudkan adalah kitab yakni buku. Sewaktu membawa buku perlulah kita membawanya seperti membawa al-Quran. Letakkan ia di dada. Yang penting ia tidak berada pada paras yang seakan-akan menghina buku tersebut seperti meletakkan ia paras punggung. Perlu difahami bahawa bukanlah amalan ini menunjukkan ketaksuban kita menuntut ilmu namun atas niat menghormatinya. Semoga Allah memberikan keberkatan ilmu tersebut melalui penghormatan kita terhadap buku.

Adab Yang Perlu Diteliti

Sewaktu menuntut ilmu, kita perlu menghiaskan diri dengan adab-adab. Antaranya:
  1. Duduk Iftirasy. Jika rasa letih boleh duduk bersila sebentar. Ikutlah keselesaan guru yang mengajar kita bagaimana. Yang penting guru redha dengan cara duduk kita.
  2. Elakkan bermain pen.
  3. Elakkan menjulurkan kaki.
  4. Jauhi amalan sewaktu guru berkata, kita potong katanya.
  5. Kenakan pakaian yang sopan.
  6. Khidmat (قال العلماء: من خدم خُدِمَ). Adab ini penting kerana biasa sahaja selepas kita berkhidmat dengan guru, kita lebih mudah memahami apa yang guru ajarkan dan dibukakan pintu ilmu.
Teguran dan nasihat berhikmah daripada pembaca sangat didambakan. Semoga penulisan ini terus diperbaiki dari semasa ke semasa.

Tuesday, October 14, 2014

Terasa "Down" Kerana Beratnya Masalah?

Saban hari berlalu, terasa tidak juga mampu untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu dengan baik di bumi Maghribi kerana seakan-akan masalah sentiasa menghimpit sanubari kita. Satu ketika kita lihat orang lain punya wang yang banyak sehingga mampu membeli kitab-kitab. Satu ketika kita lihat orang lain punya kecerdikan yang tinggi sehingga mampu menghafal puluhan syair dalam masa beberapa jam. Satu ketika kita lihat orang lain tidak perlu mengulang subjek sehingga dia tidak perlu bersusah payah pergi ke universiti setiap detik dan membawa buku yang banyak.

Manakala kita menghadapi segala kepayahan. Orang lain bebas daripada bertimbunnya kegawatan. Akhirnya kita terasa down dan tidak bersemangat untuk berusaha.


Apa puncanya? Banyak! Cuma saya mahu berkongsi sekilas pengalaman saya yang masih cetek ini supaya perkongsian ini menjadi manfaat bersama.

Bagi pandangan peribadi, saya dapat simpulkan kita terasa stress, tidak mampu menghadapi peritnya masalah, tiada daya untuk berusaha lagi, semua ini adalah berpunca daripada pandangan kita!

Pandangan? Tak boleh ke?

Boleh! Asalkan dengan cara yang diredhai Allah. Yang saya maksudkan dengan pandangan di sini ialah kita membuat penilaian terhadap keadaan orang dan keadaan diri kita. Kita lihat diri kita ini penuh pancaroba dan pada masa yang sama kita lihat orang lain tidak kena ujian seperti kita. Macam yang saya sudah sebutkan sebelum ini, kita rasa keseorangan menyelesaikan ragam dunia.


Betulkah kamu keseorangan?

Dunia ini sarat dengan manusia, haiwan, dan makhluk-makhluk yang lain. Rasanya apakah masalah ini hanya kita yang hadapi? Nabi SAW tidak merasai beratnya ujian dihalau umatnya sendiri kerana baginda sedar utusan-utusan Allah sebelum baginda telah melalui peristiwa yang sama. Begitu juga kita! Jangan perasan kita ini sahaja yang mengalami masalah tertentu, tetapi sedarlah ada insan yang mengalami masalah sama dengan kita bahkan ada yang kena lebih teruk lagi.

Semua berbalik kepada bagaimana kita memandang peristiwa tersebut.

Rasa keseorangan ini biasanya melanda mereka yang tidak pandai bergaul dengan kawan atau kepada mana-mana mereka yang suka menyendiri. Mungkin juga untuk orang yang berpengaruh. Senang cerita sesiapa sahaja boleh memiliki perasaan ini.

Mana mungkin kita hadapi masalah berseorangan. Kita perlukan teman. Kita perlukan tempat meluahkan keadaan hati. Kita perlukan seseorang yang memahami diri kita. Manusia jika dipinta pertolongan berkali-kali pasti suatu hari mereka akan jemu dan mula marah-marah. Tetapi tidak untuk Allah SWT. Semakin kita memohon pada-Nya, semakin Dia sayang.....Allahu..

Bergantung Kepada Pemilik Peristiwa.

Minta kepada Allah sesuatu perkara adalah lebih releven kerana Dia yang mengatur peristiwa. Peristiwa adalah sesuatu yang tidak boleh diubah. Kita hanya mampu berusaha sungguh-sungguh dan sedia menerima apa-apa yang akan Allah tetapkan buat kita.

Minta kepada manusia hanyalah sebagai laluan agar Allah makbulkan hajat kita. Jadi bila keseorangan, Allah sebaik baik sahabat. Jika perlukan apa-apa hajat yang mahu dikabulkan, kepada Allah lah kita menadah tangan. Ini kerana Allah adalah yang menguruskan urusan langit dan bumi. Dia yang menjadikan keberhasilan sesuatu usaha dan sesuatu hajat.

Oleh yang demikian, jagalah solat. Jagalah apa- apa yang Allah suruh. Jauhilah apa yang Allah larang. Banyakkan istighfar. Jagalah hubungan dengan mak ayah terutamanya, kemudian dengan guru-guru, teman, dan semua makhluk Allah.Perlakukanlah segala amalan-amalan murni ikhlas kerana-Nya. Sabda Nabi SAW dalam kitab Arba3in karangan Imam Nawawi RAH:

احفظ الله يحفظك احفظ الله تجده تجاهك إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله

Maksudnya; " Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau mendapati-Nya bersamamu. Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah" (HR Ahmad no 2669, At Tirmizi no 2516 dan Hakim no 6302)




Pahitnya Menuntut Ilmu dan Terpaksa Menelan Pelbagai Masalah
Dari segi beratnya ujian kita, jangan risau! Biarlah orang lain menikmati sepuasnya dengan kehidupan ceria mereka sedang kita ada banyak lagi kerja belum selesai. Yakinlah dengan adanya masalah, kita semakin dekat dengan Allah. Yakinlah dalam menuntut ilmu ni, kita terima bebanan yang lebih banyak daripada kawan-kawan lain adalah sebagai red carpet daripada Allah kepada kita supaya kita menjadi orang yang lebih berjaya. Satu kalam menyebut;

من لم يتألمْ لا يتعلمُ ولنْ يتعلمَ

Maksudnya; "Sesiapa yang tidak berasa sakit, dia tidak belajar dan dia tidak akan belajar."

Berbalik kepada kita sebagai penuntut ilmu, sedarlah kita perlukan kepayahan dalam kehidupan dan qona3ah pada kepayahan kerna ilmu itu mutiara yang berharga, sukar dicari. Kata Imam Muslim;

لا يستطاع العلم براحة الجسم

Maksud; "Tidak akan dapat perolehnya ilmu dengan kerehatan badan"


Untuk masalah yang lain, sama aja! Perlukan kesungguhan merentangi derasnya air kehidupan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan menjadi dalam kalangan hamba-Nya yang Dia muliakan di dunia dan akhirat.



Teguran dan nasihat berhikmah daripada pembaca sangat didambakan. Semoga penulisan ini terus diperbaiki dari semasa ke semasa.