بسم الله الرحمن الرحيم
Segala Puji hanya bagi Allah, Pemilik Sekalian Alam yang telah menjadikan diri manusia dari keadaan yang lemah kemudian diberikan kekuatan lalu Allah menjadikan manusia itu lemah kembali. Tiadalah kekuatan itu melainkan dari Sang Pencipta yang Maha Kuat. Tiada kekuatan yang setanding dengan kuasaNya. Selawat dan salam milik Junjungan Muhammad SAW yang telah Allah utus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Ternyata manusia itu lemah dan tidak berdaya, lalu apa pergantungan kita?
Tentu sekali pada Pemilik Segala Kekuatan. Dalam apa jua keadaan selepas berusaha dan yakin akan pilihan yang diambil, tawakal dan doa sangat diperlukan oleh mu'minin kerana itulah proses terakhir sebelum dapat hasilnya.
Ibn Qayyim menyatakan bahawa tawakal itu separuh agama dan separuh lagi kembali kepadaNya.
{عليه توكلت وإليه أنيب}
Agama Islam itu juga ibadah dan pertolongan.
{إياك نعبد وإياك نستعين}
kami menyembah merupakan ibadah dan kami meminta pertolongan itu tawakkal.
Di Dalam AlQuran banyak menceritakan kisah dan perintah tawakal kepada kekasihNya, Rasulullah SAW. Antaranya;
- Surah Furqan ayat 58
- Surah Hud ayat 123
- Surah AnNaml ayat 79
- Surah AlAnfal ayat 61
- Surah Ali Imran ayat 159
Allah juga memerintahkan untuk tetap bertawakkal kepada orang mu'min supaya keimanan dan kepercayaan tetap utuh kepadaNya. Surah Maidah ayat 23 mengisyaratkan untuk sekalian mu'minin menyerahkan urusan mereka kepada Allah walaupun ayat ini mengisahkan kejadian pada zaman Nabi Musa AS.
Begitu pula Surah Al Mumtahanah ayat 4 yang menunjukkan bahawa tawakkal juga telah Allah perintahkan kepada seluruh anbiya'. Nabi Ibrahim berserah diri kepada Allah Azza Wa Jalla untuk berlepas diri dari kaumnya yang menyembah selain Yang Maha Esa.
Ketenangan pada tawakkal.
Kisah dua sahabat yang merentas padang pasir kerana perintah Allah untuk meneruskan legasi agama Islam, tidak terbayang bagaimana kepayahan ketika itu. Tiada makanan yang cukup, keperluan yang sekadarnya dan berbekalkan keyakinan kepada Sang Pencipta, tiada apa yang mereka keluhkan. Dua sahabat ini sanggup berjalan beribu kilometer malah dikejar dan hampir tertangkap. Lalu keyakinan dan iman yang tinggi, Baginda memujuk hati sahabatnya yang gelisah; لا تحزن إن الله معنا.
![]() |
| Attaubah : 40 |
Sejarah Rasulullah SAW bukan sekadar hikayat biasa tapi ceritanya menyimpan hikmah untuk mereka yang berfikir dan meneliti.
Buah iman terserlah pada akhlak yang mulia dan buah kepada keyakinan itu tawakkal. Redha dan tenang untuk menerima apa sahaja yang bakal terjadi lalu bersangka baik dengan apa yang telah Allah aturkan untuk kita pada masa hadapan.
Sedar atau tidak, sebenarnya penyerahan diri itu membawa kita dekat kepadaNya dengan mengenal Allah yang sifatNya Maha Mengetahui. Sesungguhnya akal manusia sangat terbatas dalam meneroka majal ilmu yang ada apatah lagi rahsia semesta alam.
Semoga pergantungan kita tetap dan teguh hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.
Do your best and Allah will do the rest. Adios.
