Friday, August 22, 2014

Nabi Sulaiman AS dan Ratu Saba

Penyelidikan demi penyelidikan dijalankan akhirnya ahli sejarah dan arkeologi berjaya menemukan rekod-rekod sejarah mengenai pertemuan antara Nabi Sulaiman AS dan Ratu Saba di Selatan Yaman. Penyelidikan tersebut berhasil membuktikan bahawa terdapat seorang "ratu" yang tinggal di wilayah tersebut antara 1000 hingga 950 SM dan telah merantau ke utara (ke Baitul Maqdis).
Kerajaan Saba yang kaumnya menyembah matahari.Tulisan batu tersebut merupakan antara bukti-bukti yang mengesahkan mereka menyembah matahari

Segala perincian berkenaan kedua-dua pemerintah ini; kuasa-kuasa ekonomi, politik negara, regim pemerintahan dan sebagainya telah diterangkan oleh Allah dalam al-Quran dalam surah An-Naml. Kisahnya bermula dengan berita yang dibawa oleh Hud-Hud (sejenis burung), salah satu anggota tentera Nabi Sulaiman AS mengenai Ratu Saba.

SECORET SINOPSIS
Baitul Maqdis zaman Nabi Sulaiman

Datangnya Hud-Hud kepada Nabi Sulaiman dengan membawa satu berita berkenaan seorang wanita yang memerintah negeri Saba. Beliau mempunyai singgahsana yang besar dan mendapati ratu,yakni wanita pemerintah tersebut beserta kaumnya tunduk kepada mentari dan meninggalkan ibadah menyembah Allah. Syaitan telah memperelokkan pandangan mereka berkenaan apa yang mereka telah laksanakan itu.

Nabi Sulaiman AS telah mengarahkan Hud-Hud untuk menyerahkan suratnya kepada ratu Saba tersebut. Setelah dibacanya surat itu, kelihatan ianya adalah seruan daripada Nabi Sulaiman AS untuk menyerah diri kepada agama tauhid. Ratu Saba telah membuat keputusan untuk menghantar hadiah kepada Nabi Sulaiman. Sungguh Nabi Sulaiman kecewa dengan balasan yang diberikan oleh Ratu Saba.

Oleh yang demikian, Nabi Sulaiman menanyakan mana-mana tenteranya yang mampu mengalihkan singgahsana Ratu Saba ke istana Nabi Sulaiman. Berkatalah Ifrit dari golongan jin bahawa dia mampu membawa singgahsana Ratu Saba sebelum Nabi Sulaiman bangkit daripada tempat duduknya sedang seorang ahli ilmu pula mampu mengalihkan singgahsana Ratu Saba sekelip mata! Keadaan singgahsananya diubahsuai sedikit. Kehadiran Ratu Saba ke istana Nabi Sulaiman disapa dengan soalan daripada Nabi berkenaan singgahsana yang wujud di istananya. Ratu Balqis tidak mampu mengecam sebaiknya keadaan singgahsananya tersebut.

Setelah dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman, Ratu Saba menyelak kainnya sehingga ke betis kerana menyangka lantainya adalah sebuah kolam air sedangkan ianya adalah kaca. Mengetahui hal demikian maka Ratu Saba berserah diri kepada Nabi Sulaiman yakni memeluk agama tauhid.

IMBASAN AYATUL QURAN
Hanya dinding barat tersisa menjadi tinggalan sejarah istana Nabi Sulaiman AS
Di dalam al-Quran, kisah tersebut bukan sahaja dihuraikan berkenaan Nabi Sulaiman yang memiliki istana dan kerajaan yang sangat hebat, malah maklumat-maklumat lain juga diberikan.

Menurut ayat tersebut, Nabi Sulaiman memiliki teknologi yang maju di zamannya. Di dalam istananya, dihiasi dengan hasil-hasil seni yang menarik dan objek-objek lain yang bernilai dan akan mengkagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Pintu masuk ke istana diperbuat daripada kaca. Kehebatan istana dan kesannya terhadap Ratu Saba diceritakan melalui ayat berikut,

قِيلَ لَهَا ٱدۡخُلِي ٱلصَّرۡحَۖ فَلَمَّا رَأَتۡهُ حَسِبَتۡهُ لُجَّةٗ وَكَشَفَتۡ عَن سَاقَيۡهَاۚ قَالَ إِنَّهُۥ صَرۡحٞ مُّمَرَّدٞ مِّن قَوَارِيرَۗ قَالَتۡ رَبِّ إِنِّي ظَلَمۡتُ نَفۡسِي وَأَسۡلَمۡتُ مَعَ سُلَيۡمَٰنَ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٤٤




44. Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca". Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam"
Di dalam kesusasteraan Yahudi, istana Nabi Sulaiman AS dikenali sebagai "Kuil Sulaiman". Pada hari ini, hanya "Dinding Barat" kuil atau istana tersebut yang masih wujud. Ia juga dikenali kini sebagai "Dinding Tempat Meratap" oleh orang yahudi. Istana ini dan bangunan-bangunan lain di Baitul Maqdis telah dirobohkan akibat sikap sombong dan perbuatan curang yang dilakukan oleh generasi-generasi Yahudi selepas itu.

Thursday, August 21, 2014

Banjir Besar Nabi Nuh AS

Kisah banjir besar Nabi Nuh AS telah banyak menjadi perbualan masyarakat sedunia. Nabi Nuh AS diutus oleh Allah SWT untuk menyampaikan risalah agama tauhid kepada kaumnya namun kerana kedegilan,keangkuhan dan kedengkian mereka, mereka menentang habis-habisan kerja dakwah Nabi Nuh AS meskipun telah diingatkan dan diberi amaran berkenaan kedahsyatan seksaan Allah.

Peristiwa berikut diterangkan oleh Allah dalam Surah Al-Mukminun seperti berikut :

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ ٢٣ فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَٰٓئِكَةٗ مَّا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِيٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤ إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلُۢ بِهِۦ جِنَّةٞ فَتَرَبَّصُواْ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٖ ٢٥  قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِي بِمَا كَذَّبُونِ ٢٦

23. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (karena) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?
24. Maka pemuka-pemuka orang yang kafir di antara kaumnya menjawab: "Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu
25. la tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila, maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu"
26. Nuh berdoa: "Ya Tuhanku, tolonglah aku, karena mereka mendustakan aku"

SINOPSIS KISAH

Seperti yang tertera di atas, ketua-ketua masyarakat kaumnya telah menuduh Nabi Nuh AS menggunakan kekuasaannya demi menaungi mereka,dengan tujuan untuk memperolehi kepentingan diri sendiri seperti statuts,kepimpinan dan kekayaan. Mereka juga telah menuduh Nabi Nuh AS dirasuk. Allah SWT telah memberitahu Nabi Nuh AS bahawa golongan yang menentang kebenaran akan ditenggelamkan manakala yang beriman akan diselamatkan.

Janji Allah pasti berlaku. Air dari mata air mencurah curah keluar dari perut bumi sehingga air penuh menakung bumi. Sebelum itu , Allah SWT telah mengarahkan Nabi Nuh AS agar membawa binatang-binatang jantan dan betina,lelaki dan perempuan masuk ke dalam bahtera. Semua manusia yang beriman masuk ke dalam bahtera. Yang menyedihkan, anak Nabi Nuh AS sendiri mengingkari dakwah ayahnya. Dia lebih percaya gunung yang tinggi dan besar mampu menyelamatkan dirinya berbanding bahtera kayu yang dibina. Akhirnya,anaknya bersama orang-orang yang ingkar mati lemas.

KUPASAN KEBENARAN AL-QURAN

Beralih kepada kajian para ahli arkeologi, geografi dan sejarah telah membuktikan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku seperti yang dilaporkan dalam Quran. Kisah ini juga diceritakan dalam rekod peradaban silam dan di dalam pelbagai dokumen sejarah: watak dan nama tempat adalah berbeza. Namun kesemuanya mengisahkan apa yang berlaku kepada golongan yang berpaling. Kisah ini dibentangkan kepada masyarakat sebagai suatu amaran!

Selain daripada Perjanjian Lama dan Baru, kisah banjir besar ini juga dilaporkan dalam keadaan yang serupa di dalam rekod-rekod Sumeria dan Assyria-Babylon, legenda Yunani, Shatapata, Brahmana dan epik-epik Mahabharata di Inida, lagenda Welsh di Kepulauan British, Nordic Edda, legenda Lithuania dan juga di dalam beberapa cerita yang berasal dari China.

Satu keajaiban! Adalah sukar pada zaman lampau untuk berhubung antara satu sama lain bagi mendapatkan maklumat mengenai kisah ini. Ternyata,masyarakat ini telah memperoleh pengetahuan tersebut melalui sumber wahyu. Kisah ini merupakan salah satu peristiwa terbesar di sejarah.

Namun begitu, kisah ini telah banyak diolah dan digubal oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga berlaku pelbagai kontradeksi. Kajian telah menunjukkan bahawa hanya sumber daripada al-Quran sahaja yang konsisten.Subhanallah!

Max Mallowan telah memanjangkan pandangan Leornard Wooley yang mengatakan bahawa jumlah besar tanah lanar yang terbentuk dalam satu masa yang singkat hanya boleh berlaku akibat kejadian yang besar. Wooley juga menerangkan bahawa lapisan banjir yang memisahkan bandar Ur di Sumeria daripada bandar al-Ubaid yang penduduknya menggunakan pinggan mangkuk bercorak sebagai peninggalan banjir besar.

Penggalian yang dijalankan oleh Sir Leonard Wolley di dataran Mesopotamia mendedahkan wujudnya lapisan lumpur 2.5 meter ke dalam tanah. Di seluruh dunia, lapisan lumpur setebal ini hanya muncul di Mesopotamia sahaja. Penemuan ini merupakan bukti kukuh bahawa kejadian banjir berlaku hanya di Mesopotamia sahaja.
Ini menunjukkan bandar Ur adalah salah satu tempat yang terlibat dengan banjir besar. Werner Keller pula berpendapat bahawa penemuan kesan-kesan perbandaran di bawah lapisan tanah liat di Mesopotamia mngesahkan pernah berlaku satu banjir besar.

PERSOALAN : ADAKAH BAJIR ITU BERLAKU SECARA GLOBAL ATAU HANYA SETEMPAT?

Pelbagai pandangan yang dilontarkan dalam persoalan ini sehingga ada yang menafikan kebenaran al-Quran kerana bagi mereka adalah mustahil untuk seluruh bumi ditenggelamkan. Al-Quran melihat kejadian banjir ini berbeza dengan Pentateuch dan lagenda-lagenda lain yang diterangkan dalam pelbagai budaya. Pentateuch (nama bagi salah satu buku dalam Perjanjian Lama) menyebut bahawa banjir ini berlaku secara global,yakni meliputi seluruh bumi. Sebaliknya,al-Quran hanya mengkhususkan pada wilayah tertentu yang mengalami kejadian ini.

Credit : Harun Yahya_Kaum-Kaum Yang Pupus