Syirik adalah dosa besar, semua tahu! Tapi kita kurang prihatin, Mengapa? Kerana kurang ilmu dan akidah yang rapuh!
Sedikit perkongsian ini saya bawa bagi mengisi kekosongan jiwa dan memulakan usaha membina iman yang ampuh.
Bagaimana mengukur tauhid kita benar-benar sempurna?
Dalam kitab Hakikat Tauhid yang dikarang oleh ulama muktabar, Syeikh Yusuf al Qardhawi, perlu kita perhatikan 3 anasir utama ini dalam diri kita bagi mengukur kebenaran tauhid yang mendiami hati sanubari. Jika wujud ketiga-tiga unsur ini maka menurut pandangan ulama tersohor ini, kita mempunyai kemantapan dan kesempurnaan tauhid kepada Rabbul Izzati.
1.Ikhlas bi 'ibadatillahi ta'ala

Hakikatnya usaha menguasai keikhlasan ini bukan mudah. Ikhlas merupakan ketulusan hati dalam melakukan segala amalan bukan untuk tujuan lain selain dari Allah. Syeikh Ahmad Zaini Dahlan menukilkan dalam kitabnya Fathul Mutafakkirin membuat perumpaan bahawa orang yang mencari ikhlas ibarat terjun ke laut yang dalam tetapi tidak ramai yang berjaya kembali ke permukaan laut kerana tenggelam. Begitulah ikhlas! Ramai yang meredah arus bagi memilikinya namun sedikit yang berjaya.Firman Allah SWT dalam Surah al Bayyinah :
وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا
لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ
وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ ٥
5.
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka
mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang
lurus
2.Munkirut TaghutYang dimaksudkan dengan mengingkari Taghut adalah membenci dan menjauhi Taghut. Timbul pula persoalan, siapa pula Taghut? Menurut penelitian ulama bahasa, kalimah Taghut berasal daripada kata dasar Tughyan yakni melampaui batas.Jadi, mana-mana makhluk mampu menjadi Taghut tidak kira manusia, jin, syaitan mahupun ahli nujum. Kata Imam Malik, Taghut adalah sesuatu yang disembah selain Allah manakala menurut Imam Ibn Qayyim, Taghut merupakan sesuatu yang disembah selain Allah dan mentaati orang yang mengingkari perintah Allah sehingga kita jauh daripada Allah.
3.Hurriyatul minas syirik
Kekafiran yang paling besar dan paling agung yang dibenci oleh Allah adalah syirik. Mungkin ramai yang kurang cakna bahawa syirik terbahagi kepada dua yakni syirik Jali (Terang-Terangan) dan syirik Khafi (Tersembunyi) . Syukur kita mampu bebas daripada syirik Jali kerana saban hari kita sujud kepada Allah dan tidak menyembah berhala. Syirik khafi pula? Pandangan Syeikh Abu Balqa' pada maksud syirik Khafi adalah ianya syirik Aghrad (bahasa Melayu: Tujuan). Syirik Aghrad ini berlaku apabila kita melakukan amalan bukan bertujuan kepada Allah. Kita dapati maksudnya lebih kurang sama dengan isi yang pertama (ikhlas). Berhati-hatilah dengan kata-kata yang mampu menjatuhkan kita ke lembah syirik.
"Sebab ada Safee Saleh lah Malaysia masuk peringkat akhir! Hidup Safee!"
"Saya ni gantung pada suami je. Kalau suami mati tak tahulah saya nak makan apa."
"Sebab kau tolong aku lah aku berjaya. Terima kasih ya."
"Aku lebih hensem daripada Nabi Yusuf."
"Apa tudung-tudung ni. Hukum Islam dah lapuk lah. Sekarang zaman free-hair."
"Hukum hudud tak boleh pakai lah zaman moden ni."
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa':
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ
أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ
بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا ٤٨
48.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala
dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.
Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang
besar
Sebagai kesimpulan, sedarilah kita diciptakan dan akan dikembalikan. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya lah kita pasti akan kembali. Lihat diri kita yang hidup ini, pasti akan mati bertemu Allah. Lihat diri mayat yang sudah kembali, pasti akan dibangkitkan semula untuk menyempurnakan proses perhitungan amalan yang baik atau buruk. Telah terbukti tiada satu manusia pun akan hidup selama-lamanya. Telah terbukti dalam firmanNya bahawa walau seremeh-remeh usaha kita dalam kebaikan pun tetap akan diperhitungkan oleh-Nya satu hari nanti. Saya akhiri kalam dengan firman Allah SWT:
كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ
وَكُنتُمۡ أَمۡوَٰتٗا فَأَحۡيَٰكُمۡۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ
إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ ٢٨
28.
Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah
menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian
kepada-Nya-lah kamu dikembalikan
Credit: Ust Badrol Abd Rahman
Credit: Ust Badrol Abd Rahman


