بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله
أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله, ثم أما بعد
Semoga semua pembaca yang dikasihi terus menerus disimbah dengan siraman rohani bagi mengubati jiwa yang sentiasa bertambah kotor kerana dosa yang dilakukan seharian. Apabila ditanya kepada saya, mampukah kita sebagai manusia tidak melaksanakan dosa sepanjang hayat kita? Maka jawapannya tidak kerana kita bukan dicipta sebagai malaikat Allah yang tiada nafsu. Kita hanyalah manusia biasa.
Ya. Kita hanya insan yang lemah. Kita tidak mungkin mampu menjalani hidup berseorangan. Jika kita berbangga kerana merasai diri tidak memerlukan orang lain, bukankah kita sudah menyamakan diri kita dengan Allah yang bersifat Qiyamuhu bin Nafsihi yakni berdiri sendiri?
Perihal hati kita (DOSA)
Namun walaupun begitu wahai teman-temanku yang dihormati, sejauh manakah kita rasa kesal dengan dosa kita? Sekuat manakah iman di hati kita sehingga kita mampu untuk berasa kesal dengan SATU dosa yang kita lakukan? Taubat adalah penyesalan الندم توبة. Oleh yang demikian, sebaik sahaja kita melaksanakan dosa dan kita rasa tidak senang, maka itulah taubat. Sama juga bilamana kita terkenangkan dosa yang dibuat satu waktu terdahulu, maka kita rasa gelisah dan sedih. "Kenapa aku tergamak melakukan dosa itu? Ya Allah! Ampuni saya! " :'(
Risaulah wahai orang-orang yang beriman pada saat kita membuat dosa, kita rasa tenang, biasa dan tidak mengapa. Apakah rasa biasa itu tanda Allah sudah tidak menghiraukan kita, tidak mencampakkan rasa kesal terhadap kezaliman diri kita? Apakah Allah membenci kita? Jika dibenci Allah maka tempat kita di Neraka. Kuatkah kita menahan bahang api Neraka yang mana panasnya gandaan 70 kali ganda api dunia? Ayuh istighfar dan bertaubat sama-sama supaya kita dicintai Allah!
Perihal hati kita (PAHALA)
Kejarlah pahala wahai orang yang beriman. Mahukah kalian mengetahui cara ingin menjadi baik supaya dosa kita dihapuskan? Sedarkah bahawa dosa kita yang menggunung tinggi ini, boleh dihapuskan dengan melaksanakan amal soleh? Ya,benar! Sabda Nabi SAW daripada Abu Zar dan Mu'az B Jabal r.a. :
| "اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمْحُها ، وخالقِ الناس بخلق حسن" (رواه الترذي) وقال : حديث حسن ، وفي بعض النسخ : حسن صحيح .
"Bertaqwalah kamu kepada Allah dimana sahaja kamu berada, dan perikutkanlah kejahatan akan kebaikan yang akan memadamkan kejahatan. Dan berakhlak lah dengan manusia dengan akhlak yang baik" (HR Tirmizi)
Alhamdulillah kita masih diberi nafas oleh Allah untuk melaksanakan amal soleh sebanyak-banyaknya yang disertai ilmunya, kerana kita tahu bahawa amal soleh pemadam dosa, dan meyakini bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan dimasukkan ke Syurga-Nya. Tanda kita bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita seperti tangan, kaki, mata, telinga dan lain-lain adalah dengan menggunakannya bagi berkhidmat kepada Tuhan yang menciptakannya. Begitulah juga sebagai tanda mensyukuri nikmat iman yang Allah hadiahkan kepada kita sejak kita wujud di dunia ini, tanpa kita minta. Berwaspadalah wahai teman daripada penyalahgunaan kurniaan Tuhan kerana boleh jadi iman kita terlucut sewaktu ajal kita nanti. Wal'iazubillah!
Ketahuilah Allah tidak menzalimi hamba-Nya malah menyayangi mereka. Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظۡلِمُ
ٱلنَّاسَ شَيۡٔٗا وَلَٰكِنَّ ٱلنَّاسَ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ
"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi
manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri" (Surah Yunus :44)
Menaiktaraf IMAN
فتشبهوا إن لم تكونوا مثلهم *** إن التشابه بالكرام فلاح
Dalam usaha mencontohi orang-orang soleh, dosa adalah perkara yang perlu kita jauhkan terlebih dahulu kerana ianya akan memberi kesan terhadap kekuatan kita dalam melaksanakan amal soleh. Kata ulama' :
إنما يثقل قيام الليل على من أثقلته الخطايا
Kata sebahagian mereka :
من علامة من غرق في الذنوب أن لا ينشرح صدره لقيام الليل وصيام النهار
"Antara tanda orang yang tenggelam dalam dosa adalah mereka yang tidak dilapangkan dada mereka untuk mendirikan solat malam dan berpuasa pada siang hari"
Wallahu a'lam
|


No comments:
Post a Comment