Thursday, August 21, 2014

Banjir Besar Nabi Nuh AS

Kisah banjir besar Nabi Nuh AS telah banyak menjadi perbualan masyarakat sedunia. Nabi Nuh AS diutus oleh Allah SWT untuk menyampaikan risalah agama tauhid kepada kaumnya namun kerana kedegilan,keangkuhan dan kedengkian mereka, mereka menentang habis-habisan kerja dakwah Nabi Nuh AS meskipun telah diingatkan dan diberi amaran berkenaan kedahsyatan seksaan Allah.

Peristiwa berikut diterangkan oleh Allah dalam Surah Al-Mukminun seperti berikut :

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ ٢٣ فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَٰٓئِكَةٗ مَّا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِيٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤ إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلُۢ بِهِۦ جِنَّةٞ فَتَرَبَّصُواْ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٖ ٢٥  قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِي بِمَا كَذَّبُونِ ٢٦

23. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (karena) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?
24. Maka pemuka-pemuka orang yang kafir di antara kaumnya menjawab: "Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu
25. la tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila, maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu"
26. Nuh berdoa: "Ya Tuhanku, tolonglah aku, karena mereka mendustakan aku"

SINOPSIS KISAH

Seperti yang tertera di atas, ketua-ketua masyarakat kaumnya telah menuduh Nabi Nuh AS menggunakan kekuasaannya demi menaungi mereka,dengan tujuan untuk memperolehi kepentingan diri sendiri seperti statuts,kepimpinan dan kekayaan. Mereka juga telah menuduh Nabi Nuh AS dirasuk. Allah SWT telah memberitahu Nabi Nuh AS bahawa golongan yang menentang kebenaran akan ditenggelamkan manakala yang beriman akan diselamatkan.

Janji Allah pasti berlaku. Air dari mata air mencurah curah keluar dari perut bumi sehingga air penuh menakung bumi. Sebelum itu , Allah SWT telah mengarahkan Nabi Nuh AS agar membawa binatang-binatang jantan dan betina,lelaki dan perempuan masuk ke dalam bahtera. Semua manusia yang beriman masuk ke dalam bahtera. Yang menyedihkan, anak Nabi Nuh AS sendiri mengingkari dakwah ayahnya. Dia lebih percaya gunung yang tinggi dan besar mampu menyelamatkan dirinya berbanding bahtera kayu yang dibina. Akhirnya,anaknya bersama orang-orang yang ingkar mati lemas.

KUPASAN KEBENARAN AL-QURAN

Beralih kepada kajian para ahli arkeologi, geografi dan sejarah telah membuktikan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku seperti yang dilaporkan dalam Quran. Kisah ini juga diceritakan dalam rekod peradaban silam dan di dalam pelbagai dokumen sejarah: watak dan nama tempat adalah berbeza. Namun kesemuanya mengisahkan apa yang berlaku kepada golongan yang berpaling. Kisah ini dibentangkan kepada masyarakat sebagai suatu amaran!

Selain daripada Perjanjian Lama dan Baru, kisah banjir besar ini juga dilaporkan dalam keadaan yang serupa di dalam rekod-rekod Sumeria dan Assyria-Babylon, legenda Yunani, Shatapata, Brahmana dan epik-epik Mahabharata di Inida, lagenda Welsh di Kepulauan British, Nordic Edda, legenda Lithuania dan juga di dalam beberapa cerita yang berasal dari China.

Satu keajaiban! Adalah sukar pada zaman lampau untuk berhubung antara satu sama lain bagi mendapatkan maklumat mengenai kisah ini. Ternyata,masyarakat ini telah memperoleh pengetahuan tersebut melalui sumber wahyu. Kisah ini merupakan salah satu peristiwa terbesar di sejarah.

Namun begitu, kisah ini telah banyak diolah dan digubal oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga berlaku pelbagai kontradeksi. Kajian telah menunjukkan bahawa hanya sumber daripada al-Quran sahaja yang konsisten.Subhanallah!

Max Mallowan telah memanjangkan pandangan Leornard Wooley yang mengatakan bahawa jumlah besar tanah lanar yang terbentuk dalam satu masa yang singkat hanya boleh berlaku akibat kejadian yang besar. Wooley juga menerangkan bahawa lapisan banjir yang memisahkan bandar Ur di Sumeria daripada bandar al-Ubaid yang penduduknya menggunakan pinggan mangkuk bercorak sebagai peninggalan banjir besar.

Penggalian yang dijalankan oleh Sir Leonard Wolley di dataran Mesopotamia mendedahkan wujudnya lapisan lumpur 2.5 meter ke dalam tanah. Di seluruh dunia, lapisan lumpur setebal ini hanya muncul di Mesopotamia sahaja. Penemuan ini merupakan bukti kukuh bahawa kejadian banjir berlaku hanya di Mesopotamia sahaja.
Ini menunjukkan bandar Ur adalah salah satu tempat yang terlibat dengan banjir besar. Werner Keller pula berpendapat bahawa penemuan kesan-kesan perbandaran di bawah lapisan tanah liat di Mesopotamia mngesahkan pernah berlaku satu banjir besar.

PERSOALAN : ADAKAH BAJIR ITU BERLAKU SECARA GLOBAL ATAU HANYA SETEMPAT?

Pelbagai pandangan yang dilontarkan dalam persoalan ini sehingga ada yang menafikan kebenaran al-Quran kerana bagi mereka adalah mustahil untuk seluruh bumi ditenggelamkan. Al-Quran melihat kejadian banjir ini berbeza dengan Pentateuch dan lagenda-lagenda lain yang diterangkan dalam pelbagai budaya. Pentateuch (nama bagi salah satu buku dalam Perjanjian Lama) menyebut bahawa banjir ini berlaku secara global,yakni meliputi seluruh bumi. Sebaliknya,al-Quran hanya mengkhususkan pada wilayah tertentu yang mengalami kejadian ini.

Credit : Harun Yahya_Kaum-Kaum Yang Pupus