| Kerajaan Saba yang kaumnya menyembah matahari.Tulisan batu tersebut merupakan antara bukti-bukti yang mengesahkan mereka menyembah matahari |
Segala perincian berkenaan kedua-dua pemerintah ini; kuasa-kuasa ekonomi, politik negara, regim pemerintahan dan sebagainya telah diterangkan oleh Allah dalam al-Quran dalam surah An-Naml. Kisahnya bermula dengan berita yang dibawa oleh Hud-Hud (sejenis burung), salah satu anggota tentera Nabi Sulaiman AS mengenai Ratu Saba.
SECORET SINOPSIS
| Baitul Maqdis zaman Nabi Sulaiman |
Datangnya Hud-Hud kepada Nabi Sulaiman dengan membawa satu berita berkenaan seorang wanita yang memerintah negeri Saba. Beliau mempunyai singgahsana yang besar dan mendapati ratu,yakni wanita pemerintah tersebut beserta kaumnya tunduk kepada mentari dan meninggalkan ibadah menyembah Allah. Syaitan telah memperelokkan pandangan mereka berkenaan apa yang mereka telah laksanakan itu.
Nabi Sulaiman AS telah mengarahkan Hud-Hud untuk menyerahkan suratnya kepada ratu Saba tersebut. Setelah dibacanya surat itu, kelihatan ianya adalah seruan daripada Nabi Sulaiman AS untuk menyerah diri kepada agama tauhid. Ratu Saba telah membuat keputusan untuk menghantar hadiah kepada Nabi Sulaiman. Sungguh Nabi Sulaiman kecewa dengan balasan yang diberikan oleh Ratu Saba.
Oleh yang demikian, Nabi Sulaiman menanyakan mana-mana tenteranya yang mampu mengalihkan singgahsana Ratu Saba ke istana Nabi Sulaiman. Berkatalah Ifrit dari golongan jin bahawa dia mampu membawa singgahsana Ratu Saba sebelum Nabi Sulaiman bangkit daripada tempat duduknya sedang seorang ahli ilmu pula mampu mengalihkan singgahsana Ratu Saba sekelip mata! Keadaan singgahsananya diubahsuai sedikit. Kehadiran Ratu Saba ke istana Nabi Sulaiman disapa dengan soalan daripada Nabi berkenaan singgahsana yang wujud di istananya. Ratu Balqis tidak mampu mengecam sebaiknya keadaan singgahsananya tersebut.
Setelah dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman, Ratu Saba menyelak kainnya sehingga ke betis kerana menyangka lantainya adalah sebuah kolam air sedangkan ianya adalah kaca. Mengetahui hal demikian maka Ratu Saba berserah diri kepada Nabi Sulaiman yakni memeluk agama tauhid.
IMBASAN AYATUL QURAN
| Hanya dinding barat tersisa menjadi tinggalan sejarah istana Nabi Sulaiman AS |
Menurut ayat tersebut, Nabi Sulaiman memiliki teknologi yang maju di zamannya. Di dalam istananya, dihiasi dengan hasil-hasil seni yang menarik dan objek-objek lain yang bernilai dan akan mengkagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Pintu masuk ke istana diperbuat daripada kaca. Kehebatan istana dan kesannya terhadap Ratu Saba diceritakan melalui ayat berikut,
قِيلَ لَهَا ٱدۡخُلِي ٱلصَّرۡحَۖ
فَلَمَّا رَأَتۡهُ حَسِبَتۡهُ لُجَّةٗ وَكَشَفَتۡ عَن سَاقَيۡهَاۚ قَالَ إِنَّهُۥ
صَرۡحٞ مُّمَرَّدٞ مِّن قَوَارِيرَۗ قَالَتۡ رَبِّ إِنِّي ظَلَمۡتُ نَفۡسِي
وَأَسۡلَمۡتُ مَعَ سُلَيۡمَٰنَ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٤٤
44.
Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia
melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya
kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin
terbuat dari kaca". Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku
telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman
kepada Allah, Tuhan semesta alam"
Di dalam kesusasteraan Yahudi, istana Nabi Sulaiman AS dikenali sebagai "Kuil Sulaiman". Pada hari ini, hanya "Dinding Barat" kuil atau istana tersebut yang masih wujud. Ia juga dikenali kini sebagai "Dinding Tempat Meratap" oleh orang yahudi. Istana ini dan bangunan-bangunan lain di Baitul Maqdis telah dirobohkan akibat sikap sombong dan perbuatan curang yang dilakukan oleh generasi-generasi Yahudi selepas itu.
Di dalam kesusasteraan Yahudi, istana Nabi Sulaiman AS dikenali sebagai "Kuil Sulaiman". Pada hari ini, hanya "Dinding Barat" kuil atau istana tersebut yang masih wujud. Ia juga dikenali kini sebagai "Dinding Tempat Meratap" oleh orang yahudi. Istana ini dan bangunan-bangunan lain di Baitul Maqdis telah dirobohkan akibat sikap sombong dan perbuatan curang yang dilakukan oleh generasi-generasi Yahudi selepas itu.
No comments:
Post a Comment