Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah
bersumber daripada Abu Musa
سألت رسول الله صلى
الله عليه وسلم متى تنقطع مغفرة العبد من الناس قال إذا عاين
“Aku bertanya Rasulallah SAW bilakah terputusnya pengetahuan seseorang tentang manusia? Baginda SAW menjawab : Apabila dia melihat yang tertentu"
Para
ulama menghuraikan maksud “melihat akan yang tertentu” itu ialah melihat
Malaikat Maut atau malaikat-malaikat yang lain. Inilah saatnya yang mana
peluang untuk beramal dan bertaubat sudah terputus daripada seseorang. Saat ini
disebut dengan istilah ghargharah iaitu tatkala roh seseorang telah
sampai ke halkum. Maka pada ketika ini manusia akan Nampak sesuatu yang tidak
pernah dilihat dengan mata pandangan kasar sepanjang hidupnya. Manusia akan
melihat bakal untung nasibnya sama ada hal-hal yang menggembirakan atau
sebaliknya, iaitu kenikmatan atau azab yang disediakan untuknya. Apabila sampai
ke tahap ini, taubat dan penyesalan tidak berguna lagi. Dengan ini, dapatlah
diketahui bahawa pintu taubat itu sentiasa dibuka kepada sesiapa pun sepanjang
hayatnya, dan apabila tersingkap kepadanya hal-hal yang ghaib (iaitu di saat
nyawa sampai ke halkum) maka pintu taubat pun ditutup.
Dala
sesetengah hadis ada menyebutkan bahawa syaitan telah berkata: “Demi kebesaran
dan ketinggian-Mu, aku tidak akan berpisah daripada anak Adam selagi rohnya ada
pada jasadnya.” Lalu Allah SWT berfirman: “Demi ketinggian dan kebesaran-Ku,
Aku tidak akan menghalang taubat anak Adam selagi belum sampai ke tahap ghargharah
(nyawa sampai ke halkum).”
Seharusnya
kita mengambil iktibar daripada apa yang disebutkan agar segera bertaubat
daripada dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Bertaubatlah dengan
sebenar-benarnya, bukan hanya sekadar mengungkap lafaz istighfar di
bibir mulut tanpa disertai dengan penyesalan dan keikhlasan mengharapkan
keampunan Allah SWT. Kerana itulah Imam al-Hassan al-Basri R.A. pernah berkata:
“Istighfar kami memerlukan kepada istighfar yang lain pula.” Imam
al-Qurtubi mengulas kenyataan Imam Hassan al-Basri dengan katanya: “Jika begitu
keadaannya yang berlaku pada zaman beliau maka betapalah pula zaman kita ini,
yang mana manusia terlalu banyak mengerjakan maksiat dan kezaliman. Dalam pada
itu ada yang tangannya memegang tasbih seraya mengungkapkan lafaz istighfar
lalu dia menyangka kononnya dia telah bertaubat, padahal hatinya lalai daripada
memikirkan tentang dosanya.”
Sayidina
Ali B Abu Talib R.A. pernah melihat seorang lelaki yang menuturkan lafaz istighfar
dengan pantas dan laju, lantas beliau berkata: “Inilah
taubat para pendusta dan dia perlu bertaubat daripada taubatnya itu.” Lantaran
itu pada ulama menyarankan agar kita memperbanyakkan istighfar . Selain
memohon keampunan terhadap dosa yang dilakukan maka sewajarnya juga kita
memohon keampunan atas istighfar kita yang dilakukan sambil lewa dan
tidak ikhlas. Di samping itu sentiasalah bergantung harap agar Allah SWT
menerima taubat kita apabila kita benar-benar merasa menyesal atas kesilapan
yang dilakukan.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim menyebutkan:
إن العبد إذا اعترف بذنبه وتاب، تاب الله عليه
“Apabila seseorang hamba mengakui akan dosanya dan dia bertaubat, maka Allah menerima
taubatnya”
Imam Malik R.A.H. pernah
ditanyakan tentang taubat orang yang pernah melakukan kesalahan membunuh, lalu
beliau menjawab: “Pintu yang dibukakan oleh Allah, tidak ditutup-Nya (yakni
pintu taubat)”
Dalam
sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT sudi
menerima taubat seseorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkum.” (HR
Tirmizi)
Ertinya,
apabila nyawa telah sampai ke halkum orang itu akan melihat untung nasibnya
sama ada mendapat rahmat atau kehinaan. Pada ketika itu taubat tidak berguna
lagi dan keimanan juga tidak bermanfaat (jika mula beriman di saat itu seperti
kisah Firaun). Allah SWT berfirman:
فلم
يك ينفعهم إيمانهم لما رأوا بأسنا سنت الله التي قد خلت في عباده وخسر هنالك
الكافرين
“Maka iman yang mereka katakan semasa
melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah
menurut “sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada
hamba-hambaNya. Dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar.”
(Surah Ghafir ayat 85)
وليست التوبة للذين
يعملون السيئات حتى إذا حضر أحدهم الموت قال إني تبت الأن ولا الذين يموتون وهم كفار أولئك أعتدنا لهم عذابا أليما
“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada
orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada
mereka hampir mati, berkatalah dia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,”
(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan(demikian juga halnya) orang yang
mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi
mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah an-Nisa ayat 18)

No comments:
Post a Comment