Satu perkara yang sentiasa dilupakan oleh setiap insan sewaktu berada atas pelayaran menuntut ilmu adalah NIAT. Sedangkan niat adalah satu-satunya perkara yang paling utama untuk kita fokuskan kerana matlamat akhir yang ingin kita garap adalah berlandaskan niat kita. Kerana utamanya niat inilah Imam Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Solihin serta Imam Bukhari dalam kitabnya al-Jami' as-Sahih atau lebih masyhur dengan nama Sahih al-Bukhari memulakan seawal coretan beliau tentang niat. Kita bimbang jika kita tergolong dalam golongan yang seakan-akan dirinya mulia sedangkan kerana salahnya niat golongan tersebut dihumban ke neraka. Sabda Nabi SAW :
كذبْت. ولكنك تعلمت العلم لِيقال: عالم, وقرأت القراءن لِيقال: هو قارئ
Maksudnya: "Kamu berdusta! Akan tetapi kamu menuntut ilmu agar dapat digelar alim, dan kamu membaca al-Quran agar dapat disebut sebagai seorang qari'." (HR Muslim, kitab al-Imarat no 1905)
Oleh yang demikian wahai sahabat penuntut ilmu sekalian, perbaiki niat kita menuntut ilmu kerana Allah!
Bekalan Wajib Penuntut Ilmu
Biasanya ramai yang telah berta3aruf dengan syair masyhur oleh Imam Syafie RAH berkenaan menuntut ilmu ini. Mari sama-sama kita ulang hafazan kita.
1.Kecerdikan (ذكاء)
Siapa kata dirinya tidak cerdik. Jangan resah. Allah dah sediakan kismis, kacang badam, madu dan lain-lain. Zaman teknologi ini, ada juga manusia yang telah mencipta makanan formula untuk membantu meningkatkan tahap kecerdikan minda seperti Smart Coco A+. Pendek kata, banyak cara yang boleh membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda. Asalkan cara tersebut menepati hukum syarak lah ya.
2.Keinginan (حرص)
Pastikan keinginan dan dorongan ghairah kita adalah kepada ilmu. Kita perlu letakkan keutamaan menuntut ilmu melebihi segala yang lain daripadanya. Dengar sahaja ada kuliah ke, dauroh ke, forum ilmiah ke, pergi! Walau rasa susah mana pun, kita tetap mahu pergi. Ada kalam menyebut;
َمن لم يتألمْ لا يتعلمُ ولنْ يتعلم
َمن لم يتألمْ لا يتعلمُ ولنْ يتعلم
Maksudnya: "Sesiapa yang tidak bersusah payah, dia tidak belajar, dan tidak akan belajar."
3.Bersungguh-sungguh (إجتهاد)
Pernah kita dikejar anjing? Atau mengejar anjing? Atau melihat orang dikejar anjing? Kita dapat lihat situasi waktu itu adalah yang dikejar itu akan lari sekuat yang boleh. Begitulah kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Kita gunakan semua tenaga untuk meneguk lautan ilmu dan istiqamah. Jauhi usaha seperti hangat-hangat tahi ayam. Usaha seperti ini amat merugikan diri kita. Kita berasa malas menuntut ilmu sebenarnya berpunca juga daripada dosa kita. Kita banyak melakukan benda yang melalaikan juga akan memberi kesan negatif kepada semangat menuntut ilmu kita. Ayuh! Kita kutip dan dapatkan sebanyak banyaknya makan rohani seperti solat awal waktu, baca al-Quran, bersedekah dan lain-lain agar hati terus mengikat tali yang utuh kepada Allah. Selain bekalan jasmani seperti makan dan minum adalah satu kewajiban untuk hidup, begitulah juga bekalan rohani untuk menghidupkan hati.
Menurut Syeikh as-Syanqiti, untuk berjaya dalam menuntut ilmu, kita perlukan harta simpanan yang bernilai, yakni sifat qana3ah (berasa cukup). Terimalah seadanya dengan apa yang ada. Biasanya orang yang dihidang dengan kelazatan hidup sukar untuk berjaya jika dia tidak cuba sedarkan dirinya daripada nikmat yang melalaikan itu. Kita boleh ambil contoh kisah kehidupan Nik Nur Madihah yang berjaya asbab kesungguhannya. Beliau sedar kesederhaan hidup keluarganya menjadi motivasi kepadanya agar tingkatkan kegigihan untuk membawa cahaya kepada keluarga. Ada syair arab yang menarik menyebut:
بقدر الكد تكتسب المعالي
ومن طلب العلى سهر الليالي
تروم العز وتنام ليلا
يغوص البحر من طلب الآلي
بقدر الكد تكتسب المعالي
ومن طلب العلى سهر الليالي
تروم العز وتنام ليلا
يغوص البحر من طلب الآلي
Maksudnya:
"Dengan kadar kepayahan kamu berusaha mencapai ketinggian" ,
"Dan sesiapa yang mencari ketinggian maka dia hendaklah berjaga malam" ,
"Kamu mencari kehebatan (namun bagaimana) kemudian kamu tidur (panjang) pada waktu malam" ,
"Sedangkan orang yang mencari mutiara mesti akan menyelam ke dalam lautan"
"Dengan kadar kepayahan kamu berusaha mencapai ketinggian" ,
"Dan sesiapa yang mencari ketinggian maka dia hendaklah berjaga malam" ,
"Kamu mencari kehebatan (namun bagaimana) kemudian kamu tidur (panjang) pada waktu malam" ,
"Sedangkan orang yang mencari mutiara mesti akan menyelam ke dalam lautan"
4. Biaya (بلغة)
Untuk menuntut ilmu di persada dunia, tidak mahu tidak kita perlukan kos yang mencukupi untuk menyara hidup kita. Cuma kita perlu sedar bahawa rezeki itu telah Allah tetapkan. Yang ada pada diri kita adalah usaha menjemput rezeki.
5. Berguru (صحبة الأستاذ)
Ilmu tidak akan didapati hanya dengan membaca. Penjelasan daripada guru akan membuka kefahaman secara hakiki terhadap sesuatu permasalahan. Ada kalam arab menyebut:
كانت العلوم في صدور الرجال, وأصبحت في بطون الأوراق, ومفاتيحها في أيد الرجال
Maksudnya: "Ilmu itu berada di dada ulamak, dan ia tertulis di atas kertas, kuncinya pula ada di tangan ulamak."
Pentingnya berguru adalah supaya kita mendapat ahsana ta'wil yakni sebaik-baik pejelasan. Tambahan lagi, kita juga dapat melaksanakan adab berguru. Sabda Nabi SAW:
من علم عبدا آية من كتاب الله فهو مولاه
Maksudnya: "Sesiapa yang mengajar seorang hamba satu ayat daripada kitab Allah maka dia adalah gurunya." (hadis marfu')
Maksudnya: "Sesiapa yang mengajar seorang hamba satu ayat daripada kitab Allah maka dia adalah gurunya." (hadis marfu')
Dengan cara berguru, ustaz dapat kenali dimana kelemahan kita. Dengan cara ini, ilmu lebih mudah dikuasai, ilmu akan diberkati, dan ilmu sentiasa di hati.
6. Waktu yang lama (طول الزمن)
Ulama terdahulu tidak tiba-tiba jadi alim. Mereka menuntut ilmu berpuluh-puluh tahun lamanya. Kita ini nak dapat ijazah kadang-kadang hanya perlukan 3 tahun sahaja. Cukupkah nak ajar masyarakat? Apa mungkin juga mengajar masyarakat ilmu jika sewaktu Sijil Penilaian Menengah hanya menghafaz jawapan untuk soalan spot? Ayuh! Kita habiskan umur kita untuk menuntut ilmu.
Selepas kita faham berkenaan bekalan menuntut ilmu, jangan lupa untuk menghormati alat menuntut ilmu. Alat menuntut ilmu yang dimaksudkan adalah kitab yakni buku. Sewaktu membawa buku perlulah kita membawanya seperti membawa al-Quran. Letakkan ia di dada. Yang penting ia tidak berada pada paras yang seakan-akan menghina buku tersebut seperti meletakkan ia paras punggung. Perlu difahami bahawa bukanlah amalan ini menunjukkan ketaksuban kita menuntut ilmu namun atas niat menghormatinya. Semoga Allah memberikan keberkatan ilmu tersebut melalui penghormatan kita terhadap buku.
Adab Yang Perlu Diteliti
Sewaktu menuntut ilmu, kita perlu menghiaskan diri dengan adab-adab. Antaranya:
- Duduk Iftirasy. Jika rasa letih boleh duduk bersila sebentar. Ikutlah keselesaan guru yang mengajar kita bagaimana. Yang penting guru redha dengan cara duduk kita.
- Elakkan bermain pen.
- Elakkan menjulurkan kaki.
- Jauhi amalan sewaktu guru berkata, kita potong katanya.
- Kenakan pakaian yang sopan.
- Khidmat (قال العلماء: من خدم خُدِمَ). Adab ini penting kerana biasa sahaja selepas kita berkhidmat dengan guru, kita lebih mudah memahami apa yang guru ajarkan dan dibukakan pintu ilmu.


No comments:
Post a Comment